Maklumat Terkini
MAJLIS PROFESIONALISME GURU-GURU SMK SERI PAGI BERSAMA TIMBALAN KETUA PENGARAH KPM, DATUK DR. MOHD AMIN BIN SENIN
Tarikh: 29 April 2013
Tempat: Dewan Al-Masyhur SMK Seri Pagi
Terima kasih di atas lawatan dan perkongsian ilmu yang dicurahkan.

PESTA MUZIK DAERAH SEREMBAN 2
Tarikh: 25 dan 27 April 2013
Tempat: Dewan Al-Masyhur SMK Seri Pagi
Tahniah kepada yang menyertai dan menjadi johan

SOLAT HAJAT BAGI PEPERIKSAAN AWAM 2013
Tarikh: 25 April 2013
Tempat: Masjid Ar-Raudhah, Taman Rasa Sayang, Senawang
Semoga segala hajat dan doa para ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar di makbulkan. Terima Kasih kepada yang menjayakan majlis.

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2
Tarikh: 16 sehingga 18 April 2013
Tempat: Centre Court Paroi
Berjaya merangkul gelaran Johan, Tahniah atas kecemerlangan yang ditunjukkan!

Tarikh: 17 dan 18 April 2013
Tempat: Dewan Al-Masyhur

Tarikh: 23 Februari 2013
Tempat: Dewan Al-Masyhur
Perasmian: YB DATO' ZAIFULBAHRI BIN IDRIS, DNS, PJK
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN CHEMBONG

Tahniah & Syabas
Warga SMK Seri Pagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2012. Kepada pelajar-pelajar yang kurang berjaya, peluang masih terbuka dan jangan berputus asa.

PENEMPATAN PELAJAR TINGKATAN 1 KE SMK SERI PAGI
Tarikh Mendaftar: 28 Dis 2012 / Jumaat
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Dewan Al-Masyhur
SILA BAWA SALINAN DOKUMEN-DOKUMEN BERIKUT YANG TELAH DISAHKAN:
1. Surat Penempatan
2. Sijil Lahir
3. Kad Pengenalan
4. Slip Keputusan UPSR 2012
Bagi ibu bapa/penjaga yang telah memohon rayuan pertukaran, sila semak kelulusan permohonan sebelum 28 Dis 2012 di pejabat.
Mesyuarat Guru dan Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1
Makluman serta tindakan kepada guru-guru SMK SERI PAGI
MESYUARAT GURU KALI PERTAMA
Tarikh/Hari: 26hb Disember 2012 / Rabu
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dewan Al-Masyhur
MESYUARAT PANITIA, MESYUARAT PBS
Tarikh: 27 - 28hb Disember
PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1
Tarikh/Hari: 28 Disember 2012 / Jumaat
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Al-Masyhur
Selamat Menduduki Peperiksaan
Warga SMK Seri Pagi mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR kepada semua calon PMR 2012 dengan iringan doa dan restu semoga dipermudahkan dan di lapangkan dada dalam menghadapi setiap kertas peperiksaan dan seterusnya beroleh kejayaan.
Mesyuarat Guru dan LDP
Mesyuarat Guru dan LDP akan diadakan pada 20 Oktober 2012, (Sabtu) jam 8.00 pagi di Dewan AL Masyhur. Kehadiran adalah diwajibkan.
Hari Keluarga SMK Seri Pagi
Hari Keluarga Warga SMK Seri Pagi telah diadakan di Permaisuri Resort, Port Dickson pada 29 September 2012 (Sabtu) Berbagai-bagai aktiviti telah diadakan untuk semua peringkat umur. Antara lain, objektif Hari Keluarga ini adalah untuk merapatkan ukhuwah antara warga SMK Seri Pagi serta ahli keluarga. Dalam kata-kata aluanya, Tuan Pengetua berharap agar aktiviti sebegini dapat dijadikan acara tahunan.
Perkhemahan Perdana
Pada 20 Julai 2012 hingga 22 Julai 2012, Unit Berniform SMKSP telah mengadakan Perkhemahan Perdana Tahunan Unit Beruniform bertempat di Tasik Bera, Pahang Darul Makmur. Seramai 90 orang pelajar serta 11 orang guru telah menyertai perkhemahan tersebut.

Larian Jogathon 1M1S
Pada 14 Julai 2012, Sabtu, SMK Seri Pagi telah mengadakan Larian Jogathon 1M1S. Program tersebut diadakan bertujuan untuk menambah dana sekolah bagi menampung tabung Program Kecemerlangan Pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam serta untuk keceriaan sekolah. Keseluruhan keputusan bagi Larian Jogathon 1M1S rujuk dalam menu aktiviti.
Latihan Mencegah Kebakaran
Pada 11 Julai 2012 (Rabu), Unit Berniform Kadet Bomba telah menganjurkan demonstrasi mencegah kebakaran. Aktiviti ini telah dijayakan oleh Pasukan Bomba dari Balai Bomba Senawang.

Selamat Datang Ke Majlis Pelancaran Laman Web SMK Seri Pagi
Tarikh: 30 Jun 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Al-Masyhur
Pelancaran Disempurnakan Oleh:
YB Datuk Hasim Rusdi,
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar,
Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam, merangkap ADUN Labu.
Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri
Pasukan Forum Remaja SMK Seri Pagi telah menjuarai Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri yang telah diadakan pada 21 Jun 2012 bertempat di SMK Pasir Panjang, P.Dickson. Tahniah dan Syabas kepada semua peserta.

Perkhemahan Perdana
Pada 20 Julai 2012 hingga 22 Julai 2012, Unit Berniform SMKSP telah mengadakan Perkhemahan Perdana Tahunan Unit Beruniform bertempat di Tasik Bera, Pahang Darul Makmur. Seramai 90 orang pelajar serta 11 orang guru telah menyertai perkhemahan tersebut.
Sukan Tahunan
Sukan Tahunan akan diadakan pada 16 Jun 2012 bersamaan Hari Sabtu. Sebelum acara sukan tersebut dijalankan, acara sukantara antara rumah telah berlansung sejak 7 Mei lagi. Antara acara-acara menarik yang akan berlangsung semasa Sukan Tahunan tersebut ialah Pertandingan Perbarisan, Pertandingan Keceriaan dan aktiviti-aktiviti lain.
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Peperiksaan Pertengahan Tahun telah bermula pada 7 Mei 2012 dan berakhir pada 26 Mei 2012. Jadual-jadual peperiksaan dan pengawasan telah diedarkan kepada semua guru dan pelajar. Selamat menduduki peperiksaan, semoga Berjaya.
Sambutan Hari Guru
Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2012 bersamaan hari Rabu. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti sukaneka, penyampaian hadiah dan jamuan. Tema hari guru pada tahun ini ialah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Negara. Pengetua dalam perutusan Hari Gurunya berharap agar guru-guru SMK Seri Pagi terus mencurahkan bakti dengan ikhlas dan jujur agar sekolah terus mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.
Minggu Teknik & Vokasional
Minggu Teknik & Vokasional SMK Seri Pagi berlansung dari 30 April 2012 hingg 4 Mei 2012. Pelancaran minggu tersebut telah disempurnakan oleh Pengetua Kanan, Tn. Haji Mohd Razib b Jamaludin pada 30 April 2012 di Dewan Al-Masyur pada jam 1.00 petang. Tema yang di pilih pada kali ini ialah Teknologi & Kemahiran Menjana Minda Kreatif. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang minggu tersebut seperti Pertandingan Makan Burger, Meneka Berat Paku, Kereta 1Malaysia dan lain-lain. Hadiah-hadiah menarik turut disediakan untuk para pemenang.