BAHAGIAN KURIKULUM
MATLAMAT / FOKUS STRATEGIK KURIKULUM
Objektif utama hala tuju ialah sebagai satu platform apa yang hendak dicapai oleh pihak sekolah dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang.Di antara objektifnya ialah:
- Meningkatkan prestasi murid dalam keputusan peperiksaan peringkat sekolah dan peperiksaan awam seperti PT3 dan SPM.
- Meningkatkan kualiti pengajaran guru.
- Mengamal dan membudayakan PAK21 dan PLC dalam kalangan warga sekolah.
- Meningkatkan tahap profesionalisme guru melalui pelaksanaan LDP
OBJEKTIF /FOKUS KURIKULUM
- Menyediakan pendidikan berkualiti kepada setiap murid dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
- Pencapaian akademik yang tinggi oleh setiap murid dalam pencapaian PBD,PT3 dan SPM.
- Menyediakan pelbagai program kurikulum kepada semua pelajar ke arah kecemerlangan
- Meningkatkan mutu pembelajaran pelajar dengan pelbagai kaedah motivasi diri pelajar untuk menggandakan lagi usaha dan meningkatkan prestasi yang lebih cemerlang.
HALATUJU KURIKULUM
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024
%Lulus : 91.4%
GPS : 3.98
5A ke atas : 55 orang - Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) Tahun 2024
% Lulus : 85%
- GPS : 3.00
- 5A ke atas : 70 orang - 90% guru yang dicerap kompetensi PdPc baik dan cemerlang
- Semakin tinggi visi yang ingin dicapai, semakin tinggi usaha yang diperlukan
PENCAPAIAN PRESTASI AKADEMIK YANG TINGGI OLEH SEMUA MURID
- Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
- -100% peratus murid memperoleh sekurang-kurangnya pencapaian purata Tahap Penguaasaan (TP) 4 mengikut mata pelajaran dalam Pentaksiran Bilik Darjah pada tahun 2020
- 5% pelajar memperoleh TP 6 semua mata pelajaran dalam Pentaksiran Bilik Darjah pada tahun 2020
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
- 85% murid lulus semua matapelajaran dalam PT3 pada tahun 2020
- Sekolah mencapai 3.12 Gred Purata Sekolah dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada tahun 2020.
- 70 orang murid mencapai 5 A ke atas dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3 ) pada tahun 2020.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- 87.30% murid layak mendapat sijil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2020
- Sekolah mencapai 4.39 Gred Purata Sekolah dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2020
- 94.5% pelajar Tingkatan 5 lulus dalam Ujian Lisan Bahasa Melayu pada tahun 2020